Sesi Muzakarah diantara Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri bersama Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung serta Majlis Perundingan Mukim dan Kampung bagi Daerah Tutong telah diadakan pada hari Sabtu, 26 Zulkaedah 1446H bersamaan 24 Mei 2025M bertempat di Tingkat 1.5, Bilik Mesyuarat Munawarah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Sesi Muzakarah Yang Berhormat Menteri bersama Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua kampung (PMKK) serta Majlis Perundingan Mukim dan Kampung bagi Daerah Tutong berkenaan adalah bertujuan untuk membincangkan kemaslahatan yang dihadapi para ketua-ketua kampung dan anak-anak buah kampung bagi Daerah Tutong.
Turut hadir ke Sesi Muzakarah ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara dari kalangan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.